WORD FROM THE ORGANISER



Acara kayuhan Jamboree Gunung Ledang 2011  ini adalah salah satu dari acara yang akan diadakan sempena KARNIVAL '1 MALAYSIA' Peringkat negeri JOHOR 2011.
Selari dengan konsep 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, adalah bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat serta seiringdengan apa yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukunegara. Sehubungan dengan itu, KARNIVAL 1 MALAYSIA Peringkat Negeri Johor merupakan satu program yang digarap untuk menjadi aspirasi dan mengeratkan hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat terus menjalin hubungan dan perpaduan khususnya di Negeri Johor.